Wednesday, November 21

ELEMEN ASAS PENGATURCARAAN



Terdapat 5 elemen asas dalam pengaturcaraan iaitu:

  • Constant (pemalar)
  • Variable (pembolehubah)
  •  Data Type (jenis data)
  •  Operator (operasi asas matematik)
  •  Control Structures (Struktur Kawalan)

 CONSTANT (PEMALAR)
Satu tempat data untuk menyimpan maklumat.Nilainya tidak akan berubah pada bila-bila masa walaupun semasa program sedang dijalankan.Namun begitu, kita perlu isytiharkan(nyatakan terlebih dahulu) pada awal program istilah yang akan digunakan dalam keseluruhan aturcara.Contoh dalam MS Visual Basic 6 , perkataan “companyName” disiytiharkan sebagai pemalar tetap/tidak berubah


.........................................................................................................
Const companyName As String = "Techotopia"
companyLabel.Text = companyName
.........................................................................................................



 
 







VARIABLE (PEMBOLEH UBAH)
Tempat data yang juga untuk menyimpan maklumat tetapi nilai didalamnya akan boleh berubah semasa program dilaksanakan.Ia sebagai pemudahcara bagaimana sesuatu bahasa pengaturcaraan itu dapat menerima,menghantar,memproses dan pelbagai lagi operasi terhadap sesuatu input.

Syarat/peraturan menentukan nama pemalar dan pembolehubah:

  • Panjang aksara dari 1 hingga 255 aksara
  • Terdiri daripada huruf digit dan tandaan bawah
  • Tidak boleh terdiri daripada ruang kosong san perkataaan rizab/khas seperti ‘print’ dan ‘value’
  •  Nama yang bermakna dan mudah difahami.Penggunaan perkataan singkatan yang tidak jelas maksudnya atau penggunaan huruf seperti x dan y adalah tidak digalakkan.
  •  Pemalar tetap akan dimulakan dengan huruf besar bagi membezakan dengan jenis data.Elakkan daripada menggunakan huruf besar untuk keseluruhan perkataan.
  • Penama Identifier mestilah bukan Keyword kerana keyword adalah perkataan yang sudah mempunyai fungsi-fungsi tertentu dan bukan variable.
  • Nombor, underscore atau simbol tidak dibenarkan sebelum variable. Jarak antara variable dengan variable juga tidak dibenarkan.
  • Setiap variable mestilah bermula dari huruf barulah boleh diletakkan nombor dan underscore.




Format:
<jenis data><variable>

CTH: int nombor










PERBEZAAN DI ANTARA CONSTANT DAN VARIABLE

JENIS  DATA (DATA TYPE)
Jenis data bagi pembolehubah dan pemalar tetap menentukan jenis maklumat akan disimpan didalam ruang ingatan yang diperuntukkan.Ia juga berfungsi sebagai penanda kepada sesuatu variable itu samada variable tersebut menyimpan data yang boleh dikira, huruf, data yang tetap dan tidak boleh dikira, nombor perpuluhan, atau data yang hanya sekadar betul atau salah. Jenis data yang selalu digunakan adalah int, float, double, char, string, bool, short, long dan wchar_t.

JENIS  DATA
KEGUNAAN
Boolean
Digunakan untuk menyimpan 2 jenis truth value samada true (1) atau false (0).
Byte
Satu aksara dalam ASCII (kod 0 hingga 255)
Currency
Nilai perpuluhan, contoh ringgit dan sen
Date
8 aksara untuk tarikh
Single
Nombor perpuluhan sehingga 6 titik perpuluhan
Double
Nombor perpuluhan sehingga 14 titik perpuluhan
Integer
digunakan untuk menyimpan nombor bulat dan tidak termasuk nombor perpuluhan. Kebiasaannya untuk menyimpan nombor yang boleh dikira
Long
digunakan untuk datatype int. Bagi nilai yang lebih besar daripada integer
String
Dalam kata lain ayat yang panjang. Datatype ini digunakan untuk menyimpan data yang mengandungi barisan ayat-ayat yang melebihi dari satu ayat. Sebagai contoh string mystring=”Ayat terlalu panjang”; .
Variant
Jenis data default


Berikut adalah senarai jenis data dan juga singkatan yang digunakan bagi jenis data.Jenis data yang diisytiharkan mestilah sepadan dengan nilai.Contohnya, pemalar jenis integer mestilah memberikan nilai integer juga.

JENIS DATA
SINGKATAN
Boolean
Bln
Currency
Cur
Single
Sng
Double
Dbl
Integer
Int
Long Integer
Lng
String
Str
Variant
Vnt


Nilai bagi pemalar tetap mestilah mematuhi peraturan tersebut:

  • ·         Nilai bagi string mestilah disertakan dengan (“”)
  • ·         Nilai numeric seperti currency,integer dan single tidak perlu (“”)
  • ·         Numerik mestilah terdiri daripada digit (0-9), titik perpuluhan dan tanda + (positif) atau –(negative) dibahagian kiri numeric
JENIS DATA
NILAI
Integer
5
127
2170
Single atau currency
101.25
-5.0
0.15
String
“SAK 1110”
“Pengenalan kepada Pengaturcaraan”
“0123456”
“3.615”
She said “”Hello!!””

 
OPERATOR (OPERASI MATEMATIK)
                Operator adalah symbol atau tanda untuk memberitahu kepada komputer supaya melakukan operasi tertentu.Contohnya, tanda (+) tambah memaklumkan kepada komputer untuk melakukan operasi tambah.Secara umumnya terdapat 3 jenis operator dalam pengaturcaraan VB iaitu:
                                 i.            Matematikal Operator (operasi matematik)
                               ii.            Relational Operator (operasi hubungan)
                              iii.            Logikal Operator (operasi logic)


NOTASI  MATEMATIK
PENGEKODAN VISUAL BASIC
2A
2*A
3 (X+Y)
3* (X+Y)
(X+Y) (X-Y)
(X+Y) *(X-Y)
CONTOH  OPERASI MATEMATIK DALAM VB

Operator Matematikal adalah tanda seperti:
·         (+) tambah
·         (-) tolak
·         (x) darab
·         (/) bahagi

Operator Relational adalah seperti :
·         (=) sama dengan (equal)
·         (>) lebih besar
·         (<) lebih kecil
JADUAL OPERATOR RELATIONAL


Operator logical adalah seperti :
AND, OR dan NOT.Ia akan membandingkan dua perkara dan mengembalikan nilai TRUE diwakili oleh (1) dan nilai FALSE (0)




SRUKTUR  KAWALAN (CONTROL STRUCTURE)
                Struktur kawalan adalah pernyataan berstruktur dalam pengaturcaraan yang membenarkan pengaturcaraan mengawal aturcara program tersebut.Ia boleh dibahagikan kepada 3 iaitu jujukan(sequence), pilihan(selection) dan pengulangan (repetition)

Kawalan jujukan merujuk kepada pelaksanaan kod aturcara secara linear di dalam satu-satu program.Dalam kawalan jujukan setiap pernyataan dilaksanakan mengikut urutan yang telah ditetapkan.Pernyataan akan dilaksanakan (executed) satu demi satu mengikut susunan.

Kawalan Pilihan akan membenarkan pengaturcara untuk membuat pilihan kepada sesuatu peristiwa untuk situasi yang berbeza.Contoh kawalan pilihan adalah seperti Jika...., Jika...dan hanya Jika.... (“If...Then....Else”)

Perbezaan yang ketara antara kawalan jujukan dan kawalan pilihan adalah pelaksanaan aturcara.Iaitu, kawalan jujukan akan melaksanakan baris demi baris mengikut turutan, manakala kawalan pilihan akan melaksanakan pilhan yang diberikan
PERBEZAAN  ANTARA  CARTA ALIR KAWALAN  JUUKAN (SEQUENCE) DAN KAWALAN PILIHAN (PILIHAN)

CONTOH  PROGRAM PENGATURCARAAN



          

4 comments:

  1. Replies
    1. boleh sya tnya soaln? didalam pengaturcaraan visual basic data integer dan doble adalah bernilao nombor maslahanya jika jenis data string di masukkan paparan mengeluarkan nilai = 0 sila huraikan permasalahan itu string boleh di paparkan di dalam antara muka visual basic

      Delete