Latihan

kuiz mudah 


Soalan Aneka Pilihan
Setiap soalan diikuti oleh 4 pilihan jawapan. Pilih dan tulis jawapan yang betul sama ada A B C atau D.

1. Satu kumpulan perkataan, simbol atau kod yang membenarkan manusia berkomunikasi dengan komputer.        
    Pernyataan tersebut merujuk kepada __________________.

    A.  Sistem komputer
    B.  Sistem operasi
    C.  Sistem aplikasi
    D.  Bahasa pengaturcaraan.

2. Berdasarkan kenyataan berikut, yang manakah tidak benar mengenai bahasa pengaturcaraan
   
   A.  membolehkan pengaturcara membina program
   B.  membolehkan pengaturcara menghasilkan arahan komputer
   C.  untuk membina program yang boleh memberi arahan kepada komputer
   D.  untuk  membina program yang dapat membantu manusia berinteraksi dengan komputer

3. Bahasa pengaturcaraan Generasi Kelima(5GL) ialah satu bahasa pengaturcaraan yang berpusatkan 
    penyelesaian masalah dengan menggunakan kekangan diberikan kepada program, kemudian 
    menggunakan satu _______________ ditulis oleh seseorang.

    A.  kod
    B.  sumber
    C.  program
    D.  algorithma


Soalan Isi Tempat Kosong
Isikan tempat kosong berikut dengan jawapan yang tepat

1. Satu proses untuk membetulkan kesilapan sintak dan logik program di kenali sebagai 
    _________________  program.

2.  Dalam bahasa pengaturcaraan logik, program-program terdiri daripada _____________ , dan program dilaksanakan dengan mencari bukti kepada kenyataan - kenyataan. 

3.  Bahasa pengaturcaraan adalah  bahasa yang digunakan untuk ______________ program 
     komputer.


Soalan Benar atau Palsu
Nyatakan sama ada pernyataan berikut Benar atau Palsu

1. Visual Basic, C++ dan Access adalah contoh  - contoh Bahasa Aras Rendah.     

2. Dalam fasa rekabentuk program, terdapat dua alat yang popular digunakan iaitu kod psuedo dan carta alir.

3. Perbezaan utama antara bahasa - bahasa pengaturcaraan  generasi keempat dan generasi kelima ialah bahasa - bahasa ialah bahasa generasi keempat direka untuk membina program-program khusus
manakala bahasa generasi kelima adalah direka untuk menghasilkan komputer yang menyelesaikan 
masalah untuk kita.


LATIHAN dari RMM ICT:  [DOWNLOAD]

Soalan Ramalan dan peperiksaan lepas boleh juga didapati disini


    
jawapan latihan pengukuhan 

Soalan Aneka Pilihan
1. D    2. B        3. D

Soalan Isi Tempat Kosong
1. Debugging     2. Pernyataan   3. Menulis 

Soalan Benar atau Palsu
1. palsu  2. palsu  3.  Benar

No comments:

Post a Comment