Bahasa mesin merupakan bahasa asas bagi
komputer dengan perwakilan data sebagai 0 dan 1.
Aturcara bahasa mesin berbeza dari sebuah komputer ke komputer yang lian, iaitu bersandarkan kepada mesin.
Aturcara bahasa mesin berbeza dari sebuah komputer ke komputer yang lian, iaitu bersandarkan kepada mesin.
Generasi Kedua: Bahasa Himpunan (Pertengahan 1950an)
Bahasa himpunan adalah bahasa aras rendah
yang membenarkan seseorang pengaturcara menggunakan ringkasan atau singkatan
perkataan yang mudah diingati berbanding nombor-nombor. Oleh kerana komputer
hanya boleh melaksanakan aturara dalam bahasa mesin, penterjemah bahasa
diperlukan jika aturcara ditulis dalam bahasa lain. Penterjemah bahasa adalah
sejenis perisian sistem yang menterjemah aturcara yang ditulis dalam bahasa
generasi kedua, ketiga atau lebih tinggi ke dalam bahasa mesin. Terdapat 3
jenis penterjemah bahasa iaitu:
a) Penghimpun
b) Pengkompil
c) Pentafsir
Generasi Ketiga: Bahasa Peringkat Tinggi (Awal 1960an)
Bahasa peringkat tinggi atau bahasa
generasi ketiga adalah bahasa seakan bahasa Inggeris. Contohnya COBOL yang
digunakan dalam aplikasi bisnes, Fortran, Basic, Pascal, C dan Ada. Bahasa ini
tidak bersandar kepada mesin, iaitu ia boleh digunakan pada lebih daripada satu
jenis komputer. Penterjemah bahasa peringkat tinggi bergantung kepada bahasa
yang digunakan samaada suatu pengkompil atau pentafsir.
a) Pengkompil - Penterjemah bahasa yang
menukar keseluruhan aturcara bahasa peringkat tinggi ke dalam bahasa mesin
untuk perlaksanaan kemudian. Bahasa peringkat tinggi dipanggil kod sumber dimana
pengkompil akan menterjemahkan kedalam bahasa mesin yang akan dipanggil kod
objek. Kod objek ini boleh disimpan dan digunakan bagi perlaksanaan.
Contoh-contoh bahasa pengaturcaraan yang menggunakan pengkompil adalah Cobol,
Fortran dan Pascal.
b) Pentafsir - Penterjemah bahasa yang
menukar setiap penyataan bahasa peringkat tinggi ke dalam bahasa mesin dan
melaksanakannya secara segera bagi setiap penyataan demi penyataan. Tiada kod
objek disimpan tidak seperti pengkompil. Contoh bahasa yang menggunakan pentafsir
adalah Basic.
Generasi Keempat: Bahasa peringkat Tinggi
Bahasa peringkat tertinggi atau bahasa
generasi keempat dikenali juga dengan nama 4GL. Ia lebih berorientasikan
pengguna dan membenarkan pengaturcara untuk membangunkan aturcara dengan sedikit
arahan berbanding dengan bahasa generasi ketiga. 4GL juga dipanggil bahasa tak
berprosedur kerana pengaturcara boleh menulis aturcara lengkap yang hanya perlu
memberitahu komputer apa yang hendak dilakukan sahaja, dan tidak perlu
menyatakan semua prosedur bagi melakukannya.
Bahasa peringkat ini mempunyai
tujuan-tujuan khas kepada pengguna seperti:
a) Penjana laporan - Penjana laporan
dipanggil juga penulis laporan. Ia adalah aturcara bagi pengguna akhir yang
digunakan untuk menghasilkan laporan.
b) Bahasa pertanyaan - Bahasa pertanyaan
adalah bahasa yang mudak digunakan untuk mendapatkan semula data daripada
sistem pengurusan pangkalan data.
c) Penjana Aplikasi - Penjana applikasi
adalah alat pengaturcaraan yang membenarkan seseorang memberi data secara
terperinci penerangan data yang diperlukan untuk diproses. Perisian kemudia
menjana kod yang diperlukan untuk menghasilkan aturcara bagi melakukan
kerja-kerjanya. Kebaikannya, pengarucara tidak perlu menentukan bagaimana
sepatutnya diproses. Contoh, sistem pengurusan pankalan data berhubungan Nomad
dan Focus.
Generasi Kelima - Bahasa Tabie
Bahasa tabie atau bahasa genarasi kelima
terdiri daripada dua jenis:
a) Bahasa manusia - English, Spanish, dan
lain-lain.
b) Bahasa pengaturcaraan yang menggunakan
bahasa manusia untuk membolehkan manusia berhubung dengan komputer.
Bahasa tabie adalah sebahagian daripada
bidang kepintaran buatan. Kepintaraan buatan adalah sekumpulan teknologi yang
berkaitan, yang cuba untuk membangunkan mesin bagi menjejak kualiti seperti
manusia. Contoh-contohnya pembelajaran, penaakulan, berkomunikasi dan
mendengar.
No comments:
Post a Comment