Sunday, November 11

FASA PEMBANGUNAN ATURCARA

Terdapat lima fasa penting yang terlibat dalam pembangunan aturcara. Fasa-fasa tersebut ialah :


FASA

AKTIVITI
 1. Analisis Masalah             Di dalam fasa ini,pengaturcara akan:

- menemubual pelanggan bagi mengetahui apa yang diperlukan oleh pelanggan.
- menentukan INPUT, PROSES dan OUTPUT bagi program yang akan dibina
- mengenalpasti penyelesaian yang mungkin bagi masalah

Contoh Masalah:
Tulis sebuah aturcara yang membaca dua nombor dan mengira jumlah kedua-dua nombor tersebut.

Cara menganalisis masalah:
- Tentukan :
  • Input = nombor1 , nombor2
  • Proses = mengira jumlah nombor1 dan nombor2
  • Output = hasil tambah nombor1 dan nombor2

 2. Rekabentuk Program

 Di dalam fasa ini, pengaturcara akan:

-  menulis kod pseudo
-  melakar carta alir
-  merekabentuk antaramuka pengguna / Graphical User Interface (GUI)

  • KOD PSEUDO
    - ditulis dalam bahasa tabii manusia (Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris)
    - tidak mementingkan perincian (pemboleh ubah tidak perlu diisytiharkan
      dan fungsi tidak dinyatakan).
    - hanya memberi gambaran tentang proses yang akan dilaksanakan
    - tidak mempunyai format piawai
    -contoh kod pseudo bagi masalah di atas ialah:

    mula
       baca nombor1
       baca nombor2
    tambah nombor1 dan nombor2 dan simpan dalam hasiltambah
      papar hasiltambah
    tamat
  • CARTA ALIR
    - merupakan simbol-simbol piawai yang mempunyai maksud tersendiri
      dan mewakili perlaksanaan tugas tertentu.
    - digunakan untuk mempamerkan secara bergambar aliran logik aturcara
      dengan simbol-simbol khas disambung menggunakan garisan arah aliran
    - antara simbol perwakilan yang terdapat dalam carta alir ialah:

         - contoh carta alir bagi masalah di atas ialah:

 
  • ANTARAMUKA PENGGUNA GRAFIK
    - merupakan antaramuka yang menggunakan grafik bagi menjadikan sesuatu program itu mesra pengguna
    - contoh antaramuka pengguna grafikyang dibina menggunakan perisian Visual Basic ialah:
 3. Pengekodan Pada fasa ini,pengaturcara akan:

- menukarkan kod pseudo kepada kod yang difahami oleh komputer dengan menggunakan bahasa pengaturcaraan seperti Visual Basic
- contoh kod aturcara bagi mengira hasil tambah dua nombor (ditulis dengan menggunakan bahasa pengaturcaraan Visual Basic) ialah:

 Private Sub cmdAdd_Click()
 Dim nombor1,nombor2,hasiltambah As Integer
     nombor1 = txtNombor1.text
     nombor2 = txtNombor2.text
     hasiltambah = nombor1 + nombor2
     txtSum = hasiltambah
 End Sub
4. Pengujian  Di dalam fasa ini, pengaturcara akan:

- menguji aturcara yang telah ditulis bagi mengesan dan membetulkan sebarang ralat yang terdapat pada aturcara
- terdapat 3 jenis ralat dalam aturcara iaitu:
  • ralat sintaks (syntax error)
  • ralat masa larian (run time error)
  • ralat logik (logical error)
5. Dokumentasi Pada fasa ini, pengaturcara akan:

- menyediakan dua jenis dokumentasi iaitu:
  • dokumentasi dalaman
    - biasanya disediakan untuk kegunaan pengaturcara lain atau pihak syarikat bagi memudahkan penyenggaraan aturcara atau sistem
  • dokumentasi luaran
    -disediakan kepada pengguna akhir yang menggunakan aturcara tersebut
    -menerangkan tentang cara-cara menggunakan aturcara (manual pengguna)

20 comments:

  1. TERIMA KASIH..BANYAK MEMBANTU

    ReplyDelete
  2. boleh saya tahu bagai mana kalau tajuknya mengira jumlah dan purata bagi 4 subjek iaitu sains , matematik ,sejarah dan inggeris

    ReplyDelete
  3. eieijwijijaijoashjhasjhbjkabs

    ReplyDelete
  4. Masih tak faham ....please jelaskan lebih lanjut!!

    ReplyDelete
  5. HMMM BEEN ASKING FOR SAME QUESTION

    ReplyDelete
  6. SILA TERANGANKAN SECARA LEBIH LANJUT

    ReplyDelete
  7. Apakah maksud fasa pembangunan atur cara?

    ReplyDelete
  8. Terangkan penggunaan teknik pemikiran komputasional pada setiap fasa?

    ReplyDelete
  9. Saya nak maksud FASA pembangunan atur Cara bukannya Jenis fasa

    ReplyDelete
  10. apa dua contoh dokumentasi luaran?

    ReplyDelete
  11. Apa teknik yang digunakan selepas fasa pembnagunan aturcara?

    ReplyDelete