Wednesday, November 21

KAEDAH PENTERJEMAHAN BAHASA PENGATURCARAAN



Aturcara yang ditulis dalam bahasa pengaturcaraan peringkat tinggi seperti COBOL,FORTRAN,Pascal dan C perlu diterjemah kepada kod mesin supaya dapat dibaca dan difahami seperti juga kita manusia yang memerlukan penterjemah sekiranya masing-masing berbangsa dan menggunakan bahasa yang berbeza-beza, tentu sukar untuk mencapai kehendak komunikasi yang baik.
Terdapat 3 jenis penterjemah bahasa pengaturcaraan:
        Assembler
        Pentafsir (intepreter)
        Pengkompil (compiler)

                Assembler jika diterjemahkan ke Bahasa Melayu bermaksud penyusunan.Ia digunakan untuk menterjemah bahasa pengaturcaraan aras tinggi ke aras rendah dimana kod sumbernya telah tersusun atau terhimpun.Berbeza dengan pentafsir(interpreter) yang melakukan terus setiap arahan sepanjang perjalanan.Sila rujuk rajah untuk lebih kefahaman.





PERBEZAAN antara pentafsir (intepreter) dan pengkompil (compiler).

pentafsir (intepreter)
pengkompil (compiler)

  • Pentafsir menterjemah satu baris arahan ke kod mesin pada satu masa dan terus melaksanakannya.
  •  Selepas arahan ini dilaksanakan, arahan di baris kedua pula akan diterjemahkan ke kod mesin dan kemudian akan melaksanakannya sehingga tamat. 
  •  Jika terdapat ralat sintaksis semasa pentafsiran, perlaksanaan aturcara akan terhenti dan mesej ralat akan diberikan ke skrin.
  • Ia hanya memerlukan satu langkah sebelum program boleh dilaksanakan menjadikan program mudah dihasilkan .
  • Contoh perisian yang menggunakan penterjemah (interpreter) ialah BASIC


  • Pengkompil menterjemahkan keseluruhan aturcara ke suatu aturcara objek (aturcara di dalam kod mesin).
  • Semasa pengkompilan, ralat sintaksis yang terdapat di dalam aturcara sumber akan dikenalpasti dan mesej akan dipamerkan di skrin.
  • Pada ketika ini, pembetulan boleh dibuat kepada aturcara sumber dan kemudian aturcara yang telah diperbaiki ini perlu dikompil semula untuk menukarkannya ke bahasa mesin.
  • Jika tidak ada sebarang ralat, pengkompil akan mencipta sebuah fail/aturcara objek.
  • Aturcara Objek (.obj) adalah aturcara yang telah diterjemah ke dalam bahasa mesin. Aturcara objek ini akan disimpan di dalam ingatan komputer oleh sebuah aturcara pemuat.


Ralat sintaksis : ralat yang berlaku akibat kesalahan mengeja, kesalahan nahu arahan (arahan yang tidak mengikut sintaksis bahasa pengaturcaraan tersebut) atau tertinggal huruf atau aksara dalam arahan. 





2 comments: